Myanmar Peringati Ulang Tahun Lawatan Mendiang PM China

2019-01-10 11:18:43  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder_W020190109574463313781

Tokoh-tokoh dari China dan Myanmar bersama-sama memperingati ulang tahun ke-58 lawatan mendiang Perdana Menteri China, Zhou Enlai ke Bagan, Mandalay dalam satu majlis yang diadakan di kota purba itu kelmarin.

PM Zhou Enlai pernah membuat sembilan kunjungan ke Myanmar, antaranya lawatan ke Bagan pada 8 Januari 1961. Dermaan yang disumbangkan PM Zhou ketika itu telah digunakan untuk membina sebuah pavilion yang dinamakan sempena beliau, berlokasi di sebelah Pagoda Shwezigon, sebagai tempat untuk penduduk beristirahat.

图片默认标题_fororder_W020190109574463327463


Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang diiringi isteri serta wakil kerajaan Myanmar dan persatuan persahabatan, menyerikan perhimpunan di Pavilion Zhou Enlai bersama-sama pelbagai lapisan masyarakat, untuk memperingati sumbangan PM itu terhadap ikatan muhibah 'Baukpaw' antara kedua-dua negara.

Kedutaan China turut menderma makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk tempatan.

图片默认标题_fororder_W020190109574463366515
 

曹捷