432,000 Paten Diluluskan di China Tahun Lepas

2019-01-11 14:54:54  CRI
Share with:

Sebanyak 1.542 juta permohonan paten difailkan di China pada sepanjang tahun lepas, antaranya 432,000 telah diluluskan.

Data yang diumumkan Pejabat Harta Intelek Negara semalam menunjukkan, tiga syarikat domestik yang dikurniakan jumlah paten paling banyak ialah Huawei Technologies dengan 3,369 buah, China Petroleum & Chemical Corporation (Sinopec) sebanyak 2,849, dan Guangdong OPPO Mobile Telecommunications, 2,345.

Pada sepanjang 2018, jumlah kelulusan dan pemilikan paten masing-masing meningkat 5.8% dan 17.6%. Setakat penghujung tahun, jumlah paten bagi ciptaan di Tanah Besar China mencatat 1.602 juta.

曹捷