Iran Rancang Lancar Dua Satelit

2019-01-11 14:50:45  CRI
Share with:

Iran akan melancarkan dua satelit dengan roket pembawa yang dibangunkan sendiri dalam masa beberapa minggu akan datang.

Perkara itu diumumkan Presiden Iran, Hassan Rouhani semalam, pada majlis memperingati mantan Presiden Akbar Hashimi Rafsanjani yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Sebelum ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AAS) pernah menyifatkan rancangan Iran tersebut sebagai melanggar resolusi berkenaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC). Iran telah diminta menghentikan semua aktiviti yang berkaitan.

Sehubungan itu, Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menyatakan pembangunan roket pembawa dan peluru berpandu balistik negaranya tidak melanggar resolusi UNSC, dan AS tidak berhak untuk membuat tuduhan.

曹捷