Guangxi Percepat Pembinaan Laluan Perdagangan Darat-Laut

2019-01-11 15:09:05  CRI
Share with:

Guangxi akan memanfaatkan pembinaan sistem pengangkutan bersepadu untuk mempercepat pembentukan laluan perdagangan darat-laut antarabangsa baharu, yang merupakan projek contoh bagi kesalinghubungan antara China dengan Singapura.

Demikian sasaran bagi tahun ini, sebagaimana yang dijelaskan oleh naib pengerusi kerajaan wilayah Guangxi, Yang Jinbai dalam persidangan kerja mengenai hal ehwal perniagaan semalam.

Pada tahun lalu, lima laluan kereta api telah dibuka untuk menyambungkan lima provinsi di barat China, dengan jumlah kereta api yang beroperasi sepanjang tahun mencapai 1,154, sementara j
umlah kontena yang dikendalikan oleh Pelabuhan Teluk Beibu mencatat 2.9 juta TEU, meningkat 27.4% berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Jabatan Perdagangan Guangxi, Jiang Liansheng pula berkata, 2019 merupakan tahun pertama sasaran tersebut disebut dalam strategi kebangsaan. Pihaknya akan berusaha mewujudkan jumlah kereta api yang beroperasi sepanjang tahun mencapai 2,000 dengan jumlah kontena mencecah 3.7 juta TEU.

高蕾