China Percepat Kemajuan Pengeluaran, Internet

2019-01-11 15:01:30  CRI
Share with:

China akan membangunkan diri sebagai negara kuat dari segi pengeluaran dan jaringan siber, bagi mengekalkan pembangunan stabil dan sihat industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Miao Wei semalam menyatakan bahawa keutamaan yang diberikan kepada pembangunan berkualiti tinggi industri berkenaan selaras dengan keperluan negara untuk mengekalkan pembangunan ekonomi mampan dan meningkatkan daya saing di persada global.

China memiliki pasaran domestik berskala raksasa, sistem perindustrian yang lengkap, kreativiti yang terus-menerus meningkat serta infrastruktur dan suasana perniagaan yang mudah, maka mampu menghadapi cabaran dibawa iklim luaran yang rumit.

Pada hujung tahun lepas, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) telah memberi lesen frekuensi 5G secara percubaan kepada beberapa operator telekom utama tempatan. Telefon pintar dan tablet yang dilengkapi fungsi 5G dijangka memasuki pasaran pada separuh kedua tahun ini. 

高蕾