Sedia Maju Hubungan pada Era Baharu

2019-01-11 13:13:48  CRI
Share with:

China bersedia mengekalkan interaksi peringkat tinggi yang rapat dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) serta memperkukuh komunikasi strategik dan hubungan bilateral pada era baharu ini.

China akan terus menggalakkan isu nuklear Semenanjung Korea diselesaikan menerusi saluran politik, di samping menyumbang kepada kedamaian, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Kim Jong-un, Pengerusi Parti Buruh Korea (WPK) merangkap Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara DPRK menutup agenda lawatan rasmi beliau di China semalam.

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata, China amat menghargai lawatan itu yang diadakan pada permulaan tahun baharu ini, bertepatan dengan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik China-DRPK.

Pemimpin kedua-dua negara telah mencapai persepakatan tentang isu yang menjadi perhatian bersama, dan juga saling memaklumkan situasi domestik masing-masing.

 
高蕾