Kejayaan Chang'e-4 Berkat Sumbangan Pelbagai Pihak

2019-01-11 15:26:18  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_ce

Jabatan Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) telah menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan agensi angkasa serta institusi dan penyelidik untuk menyingkap misteri angkasa lepas.

Susulan kejayaan prob penyelidikan Chang'e-4 milik China melakukan pendaratan lembut di sisi gelap bulan baru-baru ini, satu demi satu misi eksplorasi ruang angkasa dilancarkan, melibatkan banyak negara dan badan yang berkaitan.

Data yang dikutip prob itu akan dikaji bersama oleh saintis China dan asing setelah dihantar pulang melalui satelit geganti Queqiao.

Keberjayaan misi Chang'e-4 adalah berkat sumbangan 
pelbagai negara, termasuk Jerman, Sweden, Rusia, Argentina dan Arab Saudi serta pertubuhan seperti Agensi Angkasa Eropah (ESA).

高蕾