Trump Batal Lawatan ke Davos

2019-01-11 14:49:16  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan agenda untuk menghadiri sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-48 di Davos, Switzerland yang dijadualkan pada 22 hingga 25 Januari.

Keputusan ini diumumkan melalui akaun media sosial Trump semalam.

Katanya, agenda tersebut dibatalkan selepas mempertimbangkan kepentingan keselamatan negara serta kebuntuan dalam mencapai kompromi dengan anggota Parti Demokratik dalam Kongres mengenai isu keselamatan sempadan.

Kira-kira satu perempat jentera kerajaan persekutuan "menutup pintu" sejak 22 Disember tahun lalu berikutan kegagalan White House dan Parti Demokratik mencapai konsensus berhubung bajet membina tembok sempadan dengan Mexico.

Walaupun beberapa pusingan rundingan telah diadakan antara kedua-dua pihak, namun tiada kemajuan yang substantif setakat ini.

周乔西