Kerajaan Yaman Kutuk Keras Serangan Houthi

2019-01-11 15:00:10  CRI
Share with:

Kerajaan Yaman mengutuk keras serangan militan Houthi terhadap angkatan tentera kerajaan dengan menggunakan pesawat tanpa juruterbang (UAV).

Kerajaan Yaman semalam dalam kenyataannya menyifatkan serangan itu tindakan provokasi yang terang-terangan kepada masyarakat antarabangsa. 

Kekerasan militan Houthi seperti itu juga menunjukkan sikap yang menolak penyelesaian konflik melalui saluran damai.

Katanya, militan Houthi telah kerap kali melanggar dan enggan mematuhi gencatan senjata yang dicapai kedua-dua pihak di Sweden sebelum ini. 

Pada 10 Januari lalu, militan Houthi menggunakan pesawat tanpa juruterbang menyerang Pangkalan Tentera Udara Anad milik tentera kerajaan di wilayah Lahij, selatan Yaman.

Menurut seorang pegawai kementerian kesihatan yang enggan mendedahkan namanya, 20 anggota termasuk ketua turus agung tentera kerajaan dan beberapa pegawai tentera kanan yang lain cedera dalam sedangan itu. 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
周乔西