China, Finland Perkasa Hubungan Bilateral

2019-01-15 12:55:04  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_zf3

China dan Finland akan menyingkap lembaran baharu hubungan dua hala, sebagaimana yang dipersetujui Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Sauli Niinisto dalam pertemuan di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.

Xi berkata, China menghargai sokongan Finland terhadap Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Kedua-dua negara diharap memanfaatkan kemudahan yang dibawa perkhidmatan kereta api ekspres China-Eropah untuk menggalakkan perdagangan, meneroka peluang kerjasama seperti dalam pembinaan laluan perkapalan Artik, serta bersama-sama membangunkan Laluan Sutera Kutub bagi mendorong kesalinghubungan antara benua.
Sambil menekankan China sentiasa menyokong integrasi Eropah, Xi menyuarakan harapan agar blok itu kekal bersatu, stabil, terbuka dan makmur, serta memainkan peranan konstruktif di pentas antarabangsa.
Niinisto pula berkata, pihaknya bersedia melaksanakan kerjasama pragmatik melibatkan perdagangan, inovasi, alam sekitar, pelancongan dan hal ehwal Artik, di samping mengintensifkan pertukaran sosiobudaya dan sukan, terutamanya sukan musim sejuk.

图片默认标题_fororder_zf
Setelah pertemuan, kedua-dua presiden bersama-sama menghadiri perasmian Tahun Sukan Musim Sejuk China-Finland 2019.

图片默认标题_fororder_zf2

高蕾