Filipina Lulus Akta Lindung Kanak-kanak Ketika Konflik

2019-01-16 12:55:58  CRI
Share with:

Parlimen Filipina semalam meluluskan Akta Perlindungan Khas Kanak-kanak Ketika Berlaku Konflik Bersenjata, bagi memastikan kanak-kanak tidak menjadi mangsa penganiayaan dan kekerasan dalam apa jua bentuk.

Akta itu juga memberi kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar peruntukannya, dengan hukuman seberat penjara seumur hidup dan denda 5 juta peso (RM394 ribu).

Menurut kenyataan Rangkaian Perlindungan Kanak-kanak (CRN) Filipina, jumlah kanak-kanak yang tercedera akibat konflik bersenjata di negara itu meningkat besar pada 2017.

Pada tahun itu, 30 kes kanak-kanak direkrut kumpulan militan khususnya Maute, sementara 12 kanak-kanak ditahan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan bersenjata. Sebanyak 33 kes kematian dan kecacatan dilaporkan, tiga kes rogol, lima kes penculikan serta 60 serangan menyasarkan sekolah dan hospital.

CRN adalah pakatan pertubuhan dan institusi terbesar di Filipina yang melobi untuk undang-undang hak kanak-kanak, dengan 46 anggota di Luzon, Visayas dan Mindanao.

覃淼