Xi Jinping Tinjau Kawasan Baharu Xiong'an

2019-01-17 14:06:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124002935_15476938032801n


Presiden China, Xi Jinping menjalankan tinjauan ke Kawasan Baharu Xiong'an, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana, suasana pelaburan dan usaha niaga serta perlindungan ekologi.

Penubuhan Kawasan Baharu Xiong'an amat signifikan bagi meringankan beban Beijing sebagai ibu kota, sekali gus meneroka model baharu untuk mengoptimumkan pembangunan kawasan yang padat penduduk dan memupuk enjin baharu bagi pembangunan dipacu inovasi.

图片默认标题_fororder_1124002935_15476938033291n


Landasan kereta api antara Beijing dengan Xiong'an akan mula dibina pada Februari tahun ini, dan dijangka beroperasi pada penghujung tahun depan. Xi Jinping telah berbual-bual dengan para pekerja projek itu melalui video di pusat pameran rancangan pembangunan Xiong'an. Beliau mengingatkan mereka agar mengutamakan keselamatan dan kualiti kerja.

图片默认标题_fororder_1124002935_15476938033741n


Di pusat perkhidmatan kerajaan Xiong'an, Presiden Xi menggalakkan usahawan kumpulan pertama mengambil peluang bersejarah ini, mengambil bahagian dalam usaha membangkitkan bangsa dan pembaharuan negara.

Pada petang semalam, Presiden Xi telah melawat kawasan penghutanan di Daqinghe.

图片默认标题_fororder_1124002935_15476938035291n

曹捷