Persidangan Pelancongan ASEAN di Vietnam

2019-01-17 11:39:49  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_fe8df402-e2f6-4179-944f-e1358eb16b18

Persidangan Pelancongan ASEAN diadakan di bandar Ha Long, Vietnam semalam, dengan kehadiran wakil dari negara-negara ASEAN serta Britain, Australia, Korea Selatan dan National Geographic.

Naib Menteri Budaya, Sukan dan Pelancongan Vietnam, Le Quang Tung dalam ucapannya menyatakan bahawa ASEAN yang kaya dengan warisan alam dan budaya, menjadi destinasi pelancongan yang amat menarik. Sektor pelancongan rantau ini memberi sumbangan besar kepada pendapatan pelbagai negara, selain memberikan limpahan manfaat kepada syarikat, organisasi dan individu setempat.

Persidangan kali ini yang bertema "Majukan Pelancongan menerusi Warisan ASEAN pada Era Digital" satu aktiviti penting sempena Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2019.

Para peserta persidangan telah berkongsi pengalaman dan cadangan kreatif untuk menjana perkembangan sektor pelancongan serantau.

覃淼