Sesi Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Thailand

2019-01-19 14:26:49  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_2a290d74-c307-47d3-97e4-5054cff81af0

Sesi Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN 2019 yang bertemakan "galakkan perkongsian demi pembangunan mampan" diadakan di Chiang Mai, Thailand pada 17 hingga 18 Januari. Para peserta membincangkan tumpuan kerja ASEAN pada tahun ini dan bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Thailand merupakan negara pengerusi ASEAN pada tahun ini.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_d7879249-1b53-4589-b1b5-5bc221ad4477

Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai menyatakan bahawa menteri-menteri luar ASEAN bersetuju untuk mengintensifkan kesalinghubungan serantau dan menggalakkan pelaksanaan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025, selain mempergiat kerjasama dengan rakan dialog dan pertubuhan antarabangsa bagi melaksanakan projek prasarana berkenaan.

Tambah beliau, menteri luar pelbagai negara menekankan lagi usaha gigih untuk memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Laut China Selatan, melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dan menyelesaikan pembahasan rang Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) pada tahun ini.  

 
覃淼