IMF Turun Unjuran Ekonomi Global

2019-01-22 13:09:51  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_IMF

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran ekonomi global bagi tahun ini dan tahun depan masing-masing kepada 3.5% dan 3.6%.

IMF dalam laporan semalam meramalkan, pertumbuhan entiti ekonomi maju akan susut daripada 2.3% tahun lepas kepada 2% tahun ini dan 1.7% tahun depan.

Entiti ekonomi membangun pula dijangka merekodkan pertumbuhan pada 4.5% tahun ini, naik kepada 4.9% tahun depan.

Laporan tersebut turut menyebut, hasil rundingan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat dan perubahan iklim kewangan global kemungkinan memberi pengaruh kepada unjuran itu.

IMF menyeru pembuat dasar bekerjasama menangani cabaran dalam sistem perdagangan, mengurangkan kos perdagangan serta mengelakkan penggunaan tarif dan halangan bukan tarif untuk menyelesaikan pertikaian.

梁靓