Hari pertama musim puncak pengangkutan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2019 berjalan lancar.
Di Beijing, Stesen Kereta Api Selatan mengendalikan 247 kereta api berkelajuan tinggi (HSR), membawa lebih 200 ribu penumpang sepanjang hari dengan 60% tiba di destinasi menaiki lokomotif "Fuxing".
Kapasiti pengangkutan kereta api di seluruh negara meningkat 5.3% pada tahun ini, sementara laluan baharu sepanjang 4,683 kilometer beroperasi.
Jumlah kereta api malam juga ditambah di sesetengah laluan.