China Terus Baiki Kualiti Udara

2019-01-22 14:29:02  CRI
Share with:

China akan terus mengambil langkah bagi menjaga langit biru pada tahun ini, setelah usaha berkenaan mencapai kemajuan ketara pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Persekitaran Udara, Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar (MEE) China, Liu Bingjiang memaklumkan, purata kepekatan zarah PM2.5 dalam udara di 338 bandar pada tahun lalu mencatat 39 mikrogram per meter padu, berkurang 9.3% berbanding tahun sebelumnya. 

Walau bagaimanapun, pelepasan bahan pencemar masih tinggi parasnya. Langkah akan diambil untuk mengoptimumkan struktur perindustrian, tenaga, pengangkutan dan penggunaan tanah, di samping menggalakkan pembangunan ekonomi seiring perlindungan alam sekitar.

高蕾