SPIC Mahu Penjana Tenaga Bersih Lebih 50%

2019-01-23 14:54:09  CRI
Share with:
Syarikat elektrik SPIC menyasarkan nisbah penjana tenaga bersih di seluruh China melebihi 50% pada tahun ini, menduduki 40% keseluruhan kapasiti jana kuasa elektrik.

Jika sasaran tersebut dicapai, SPIC akan menjadi syarikat pertama di China yang separuh kapasitinya adalah penjanaan tenaga bersih.

SPIC juga bercita-cita membangunkan diri sebagai syarikat tenaga bersih yang berdaya saing di pentas global menjelang 2035. 

Pada 2018, nisbah penjana tenaga bersih syarikat tersebut mencatat 48.92%, terdepan antara empat syarikat elektrik terbesar China. Antaranya, kapasiti fotovolta (PV) 15.37 juta kilowatt, terbesar di dunia.
张弘