China, Kemboja Ikrar Kukuh Ikatan

2019-01-23 12:58:54  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124027437_15481654847211n

Pemimpin China dan Kemboja berikrar melonjakkan persahabatan dan kerjasama ke satu tahap lebih tinggi.

Dalam pertemuan di Beijing semalam, Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya, Hun Sen bersama-sama menyaksikan pemeteraian beberapa dokumen kerjasama dua hala.

Li berkata, China bersedia meningkatkan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan Kemboja dan menyokong penglibatan syarikat domestik dalam projek infrastruktur Kemboja berkaitan kapasiti pengeluaran, pengangkutan dan jana kuasa elektrik.

Kedua-dua pihak harus bekerjasama menjayakan projek-projek utama termasuk Zon Ekonomi Khas Sihanoukville, Tahun Budaya dan Pelancongan serta meningkatkan komunikasi dan koordinasi di bawah rangka China-ASEAN dan Lancang-Mekong. 

China bersedia terus membantu Kemboja mempercepat pembangunan dan menambah baik kesejahteraan rakyat.

Hun Sun pula menyatakan hasrat untuk memperkukuh usaha sama membabitkan infrastruktur, kapasiti pengeluaran, perdagangan dan pertanian. 

Kedua-dua negara diharap meluaskan pertukaran sosiobudaya serta kerjasama dalam urusan serantau dan antarabangsa demi perkongsian kerjasama strategik komprehensif yang lebih mantap.

梁靓