Sultan Pahang, Agong Malaysia ke-16

2019-01-26 14:47:31  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_f703738da9773912a7c75787f5198618377ae277 (1)

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, sekali gus meneruskan keunikan sistem penggiliran dalam kalangan Raja-Raja Melayu yang kini dalam pusingan kedua.

Pengumuman itu dibuat selepas semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, bersidang dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara untuk menentukan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu kelmarin.

Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) yang dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin itu turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

(Sumber dari BERNAMA)

张弘