Jamuan TBC di PBB

2019-01-27 16:03:17  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_8beb58a7-7ec4-48a1-ab21-275f31cd5e5f

Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan jamuan Tahun Baharu Cina (TBC) di New York Khamis lalu.

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_4bb36031-2a76-485d-ab51-7c538208621d
Duta Besar, Ma Zhaoxu berkata, situasi antarabangsa penuh pancaroba pada 2018. China melibatkan diri dalam pembangunan sistem tadbir urus global, melindungi kedaulatan negara dan kepentingan pembangunan, menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan, menjunjung multilateralisme serta menyumbang kebijaksanaan dengan penyaranan banyak gagasan dan inisiatif, yang amat dihargai masyarakat antarabangsa.

Pada tahun ini, China akan terus terlibat dalam hal ehwal PBB secara menyeluruh, menggalakkan diplomasi bercirikan China, mengoptimumkan kelebihan sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan negara membangun terbesar serta menyumbang kepada pembaharuan sistem tadbir urus global.

高蕾