Drama Bersiri China, Kegemaran Rakyat Myanmar

2019-01-28 14:52:04  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_2

图片默认标题_fororder_3

图片默认标题_fororder_4.JPG

图片默认标题_fororder_1

Drama bersiri dan filem China yang dialih suara menjadi kegemaran rakyat Myanmar susulan perkembangan pesat industri alih suara negara itu atas sokongan China sepanjang enam tahun lalu.

Pada 2013, Jin Tailang's Happy Life, drama bersiri China yang pertama dialih ke bahasa Myanmar mendapat sambutan hangat penonton tempatan.

Selepas itu, Radio Televisyen Negara Myanmar (MRTV), Radio Antarabangsa China (CRI) dan Stesen Radio Guangxi terus memperluas kerjasama dalam bidang alih suara perfileman untuk membawa drama bersiri China ke kaca televisyen Myanmar.

Serentak itu, CRI menubuhkan pusat alih suara China-Myanmar di Yangon bagi mempopularkan lebih banyak karya perfileman China.

Setakat ini, berpuluh-puluh drama bersiri dan filem terbitan China telah dialih suara dan diperkenalkan ke negara itu.

周乔西