Orkestra Hong Kong Buka Sambutan TBC di Bangkok

2019-01-28 14:41:51  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_hk3

Orkestra Alat Tali Hong Kong membuka pendahuluan bagi aktiviti "Tahun Baharu Cina yang Gembira" di Bangkok, Thailand Jumaat lalu, dengan alunan simfoni yang menggabungkan elemen China dan Barat.


Tiga persembahan oleh orkestra tersebut dijangka menarik kedatangan lebih 2,000 penonton.

图片默认标题_fororder_hk1

 

Kini, Thailand bergelar tuan rumah kepada sambutan Tahun Baharu Cina yang paling panjang tempohnya dan berskala paling besar di luar China.

Sambutan tahun ini dianjurkan Pusat Kebudayaan China Bangkok, menjanjikan persembahan, pameran dan aktiviti lain yang berkaitan. Kemeriahan sambutan dapat dilihat di pusat beli-belah utama, sekolah, universiti di seluruh ibu kota itu dan provinsi-provinsi lain, membolehkan budaya China mewarnai sanubari setiap warganya.

图片默认标题_fororder_hk2

曹捷