19 Maut Letupan di Sulu, Filipina

2019-01-28 11:51:55  CRI
Share with:

19 orang maut dan 48 lagi cedera dalam dua letupan yang berlaku berturut-turut di luar sebuah gereja Katolik di provinsi Sulu, barat daya Filipina pagi semalam.

Setakat ini, belum ada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Dimaklumkan, insiden penculikan dan letupan sering berlaku di Sulu, tempat aktif kumpulan pengganas,
Abu Sayyaf. Pada hujung tahun lepas, tentera Filipina telah menubuhkan sebuah divisyen khas untuk membanteras kumpulan pengganas di wilayah tersebut.

 
高蕾