Vietnam Pengeksport Tekstil, Pakaian Ketiga Terbesar

2019-01-29 16:25:36  CRI
Share with:

Jumlah eksport tekstil dan pakaian Vietnam pada sepanjang 2018 meningkat 16% berbanding tahun sebelumnya, dengan mencatat USD3.6 bilion (RM14.8 bilion). 

Pengurus Besar Kumpulan Tekstil dan Pakaian Vietnam(Vinatex), Le Tien Truong berkata, angka ini sekali gus menjadikan Vietnam negara pengeksport tekstil dan pakaian ketiga terbesar di dunia, selepas China dan India.

Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Fesyen Huafu, Sun Weiting berkata, Vietnam merupakan destinasi pelaburan yang menarik minat syarikat pakaian China. Pihaknya telah menanam modal RMB2.5 bilion (RM1.5 bilion) untuk projek benang jenis baharu di Long An, Vietnam dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 500 ribu spindel. 

Seiring dengan perkembangan semasa, semakin banyak syarikat China dijangka meningkatkan nilai tambah produk melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), malah memindahkan pangkalan pembuatan bagi mengurangkan kos pengeluaran.

曹捷