Tembikai Vietnam Dilengkapi "Kad Pengenalan"

2019-01-30 12:52:32  CRI
Share with:

Pingxiang di wilayah Guangxi yang terletak di sempadan China dengan Vietnam bertambah sibuk menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina.

Pada beberapa hari kebelakangan ini, lori yang mengangkut tembikai dari Vietnam tidak putus-putus melalui pintu keluar masuk di bandar yang bergelar "ibu kota buah-buahan China-ASEAN" itu.

Semua tembikai ditempel kod QR yang mengandungi maklumat termasuk nama syarikat pengeluar, nombor pendaftaran dusun dan kilang pemproses, serta plat nombor lori pengangkut dan nama syarikat pengimport. 

Kod QR yang dianggap sebagai "kad pengenalan" buah-buahan itu mula diperkenalkan pada 16 Januari bagi tujuan menjamin kualiti buah-buahan yang diperdagangkan antara kedua-dua negara. 
 

曹捷