RMB Mata Wang Penjelasan Rasmi Kerajaan Myanmar

2019-01-31 16:38:17  CRI
Share with:

Bank Pusat Myanmar semalam mengumumkan penggunaan renminbi (RMB) China dan yen Jepun sebagai mata wang penjelasan rasmi kerajaan negara itu.

Seorang pegawai Bank Pusat Myanmar memberitahu media bahawa pembayaran dan penjelasan transaksi perdagangan rentas sempadan antara kedua-dua negara akan dipermudah selepas penggunaan RMB diperkenalkan.

Menurut statistik Kementerian Perdagangan China, China dan Myanmar merupakan rakan dagang penting antara satu sama lain, dengan jumlah perdagangan dua hala yang mencecah USD11.5 bilion (RM47 bilion) dalam tiga suku pertama tahun lepas. 

张哲