Persembahan Seni Pauk Phaw sempena TBC

2019-01-31 14:52:14  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1

Persembahan seni sempena "Tahun Baharu Cina yang Gembira" diadakan di Teater Negara Yangon semalam, diserikan dengan kehadiran wakil komuniti Cina tempatan, diplomat asing dan tokoh daripada pelbagai lapisan masyarakat Myanmar.

图片默认标题_fororder_3


Hadirin dihidangkan dengan persembahan mengasyikkan oleh seniman dari Teater Nyanyian dan Tarian Bandar Wuxi, Orkestra Alat Muzik Etnik Kumpulan Persembahan Provinsi Jiangsu, Rombongan Akrobatik Belia Bandar Nantong serta Universiti Budaya dan Seni Kebangsaan Yangon.

图片默认标题_fororder_9
 

Duta Besar China, Hong Liang menyatakan, persembahan tersebut membawa penonton merasai persahabatan tulus ikhlas dan ikatan Pauk Phaw yang dijalin begitu mendalam antara rakyat China dengan Myanmar.

Naib Menteri Hal Ehwal Agama dan Budaya Myanmar, U Kyi Myint pula berkata, pertukaran budaya telah banyak mendorong perkembangan hubungan bilateral. 

图片默认标题_fororder_4

曹捷