Thailand Adakan Pilihan Raya 24 Mac

2019-02-01 12:01:55  CRI
Share with:

Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada 24 Mac nanti, bagi mempertandingkan kesemua 500 kerusi dewan perwakilan rakyat. 

Ini merupakan pilihan raya pertama di negara itu dalam tempoh lima tahun lalu.

Menurut sistem pilihan raya Thailand, pengundi di seluruh negara akan memilih 500 anggota dewan perwakilan rakyat, yang akan bersama dengan 250 anggota senat yang dilantik oleh Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara (NCPO) mengundi bagi memilih perdana menteri.

Sekiranya berjalan lancar, pilihan raya tersebut dijangka membantu mengurangkan ketegangan masyarakat negara itu yang wujud sejak beberapa tahun lalu.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张哲