Xi Tinjau Kerja Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

2019-02-03 13:43:47  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124077564_15490552703451n


Presiden Xi Jinping bertolak ke Pusat Pameran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dan kawasan pejabatnya yang terletak di zon Shougang, daerah Shijingshan, Beijing petang kelmarin untuk meninjau kerja persiapan temasya sukan yang bakal diadakan di Beijing pada tahun 2022 serta mngadakan sesi temu mesra dengan kakitangan jawatankuasa penganjuran, atlet dan jurulatih.  

图片默认标题_fororder_1124077564_15490549746371n

 

Xi menyatakan, pembinaan venue perlu dijalankan dengan memfokuskan elemen sains dan teknologi, kecerdasan, hijau dan penjimatan, terutamanya penggunaan sains dan teknologi tinggi. Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dilihat akan menyuntik momentum baharu kepada pembangunan bandar Beijing, amat signifikan. Beijing merupakan satu-satunya bandar yang menganjurkan kedua-dua Sukan Olimpik Musim Panas dan Sukan Olimpik Musim Sejuk. Beliau juga mengeluarkan arahan supaya para atlet berjuang merebut pingat dengan mengikuti semangat Olimpik dan kejujuran.

Menurut maklumat berkenaan, pembinaan kesemua 24 buah venue temasya sukan tersebut yang masing-masing terletak di bandar Beijing, daerah Yanqing di luar pusat bandar Beijing dan bandar Zhangjiakou, provinsi Hebei telah dimulakan.   

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷