Rasai Hidangan Lazat TBC di Bangkok

2019-02-04 13:55:42  CRI
Share with:

Tukang masak terkenal dari China dan Thailand mempertunjukkan kehandalan masing-masing pada Pesta Makanan Tahun Baharu Cina di CentralWorld Bangkok semalam.

Penasihat Kebudayaan Kedutaan Besar China, Chang Yumeng berkata, pesta itu diadakan sempena TBC, memberi peluang kepada warga tempatan dan asing memahami budaya makanan China dan Thailand.

Katanya, Thailand adalah tuan rumah kepada sambutan TBC yang paling besar dan meriah di luar China. Rakyat Thailand dan China yang bertali darah, boleh mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama menyambut hari kebesaran tersebut.

胡星