Sambutan TBC di Thailand

2019-02-04 13:51:39  CRI
Share with:

Kedutaan China di Thailand diwarnai kemeriahan menjelang Tahun Baharu Cina, dengan hiasan bertema yang memperindah acara Hari Terbuka sepanjang hujung minggu lalu.

Acara diserikan dengan kehadiran Puteri Maha Chakri Sirindhorn serta tetamu mulia lain termasuk wakil keluarga diraja dan kerajaan, media, institusi pendidikan dan syarikat China. 

Duta Besar China, Lyu Jian dalam ucapannya mengimbas kembali sumbangan keluarga diraja Thailand terhadap persahabatan antara negara, terutamanya Puteri Maha Chakri Sirindhorn yang dikenali "utusan persahabatan rakyat ". 

Beliau berkata, China menanti-nantikan kerjasama yang lebih rapat dengan Thailand pada tahun baharu ini. 

Puteri Sirindhorn menyatakan penghargaan terhadap Lyu Jian atas undangan beliau untuk bersama-sama menyambut Tahun Baharu Cina, memperlihatkan hubungan Thailand dan China begitu erat bagaikan keluarga.

胡星