Duta China Sambut TBC Bersama Rakyat Indonesia

2019-02-04 14:19:35  CRI
Share with:

Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian mengadakan jamuan di kediamannya di Jakarta kelmarin, untuk menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) bersama-sama wakil pelbagai lapisan masyarakat tempatan.

Huang berkata, beliau telah melihat sendiri betapa rajin, mesra dan sabarnya rakyat Indonesia serta negara-negara lain di ASEAN. 

Untuk sekian lama, kedutaan China telah mendapat layanan baik dan sokongan kukuh daripada masyarakat setempat. Beliau mengambil kesempatan sempena TBC ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka semua.

Katanya, beliau menanti-nantikan kerjasama yang lebih rapat pada tahun baharu ini, sebagai satu bentuk sumbangan kepada perkembangan hubungan China-ASEAN.

徐国玮