Ucapan TBC Xi Tekankan Kebahagiaan Warga Emas

2019-02-04 11:37:31  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124084122_15491927788191n

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat di setiap pelosok negara dan perantau di seberang laut, dalam majlis yang dianjurkan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Dewan Negara di Beijing semalam. 

Beliau berkata, setiap pencapaian dalam pembangunan parti dan negara pada sepanjang tahun lalu tidak terlepas daripada sumbangan rakyat.

图片默认标题_fororder_1124084122_15491931235161n

Ketika membicarakan kerja pada tahun ini, Xi menyatakan bahawa China akan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang sihat dan mampan serta pembangunan berkualiti tinggi dengan berpandukan pemikiran sosialis bercirikan China pada era baharu, demi manfaat, kesejahteraan dan keselamatan rakyat, di samping meletakkan asas yang kukuh bagi mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh.

Katanya, ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China yang jatuh pada tahun ini, akan disambut dengan pencapaian yang gilang-gemilang.

 

Dalam ucapannya, Xi turut mengingatkan bahawa ketaatan terhadap ibu bapa dan kesetiaan kepada negara antara tradisi mulia bangsa China, yang kini berdepan dengan populasi yang semakin menua. Usaha perlu dilipatgandakan untuk menambah baik layanan terhadap warga emas, supaya mereka dapat menikmati usia tua yang lebih bahagia dan ceria.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
覃淼