Malam Gembira TBC, Jendela Budaya China kepada Dunia

2019-02-05 08:46:58  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_歌舞《同心共筑中国梦》

Acara Malam Gembira Tahun Baharu Cina (TBC) telah diterbitkan dan disiarkan oleh Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) selama lebih 30 tahun, hingga menjadi hiburan wajib bagi seluruh rakyat China. 

Sebagai platform untuk membolehkan dunia mendekati budaya China, program yang disusun untuk Malam Gembira tahun ini bukan sahaja menghimpunkan unsur budaya tradisional, malah menerapkan pelbagai elemen antarabangsa.

图片默认标题_fororder_malamgembira10

图片默认标题_fororder_malamgembira9

Nyanyian, tarian, persembahan magik, akrobatik, opera, silat Wusyu, serta sketsa dan dialog komedi atau crosstalk yang bertemakan kemeriahan perayaan dan kesejahteraan rakyat, menjanjikan atur cara yang pasti memikat hati penonton.

图片默认标题_fororder_小品《办公室的故事》

Acara tahun ini mengundang penyertaan artis dan bintang terkenal, juga rombongan seni dan rakyat biasa.Liu Yanhe, 59, pewaris dram pinggang Ansai yang merupakan warisan budaya bukan benda peringkat negara. Beliau berharap, persembahannya di pentas Malam Gembira akan membantu lebih ramai orang mengenali dram pinggang Ansai, yang bersejarah cukup lama di bahagian barat laut China.

图片默认标题_fororder_魔术《魔壶》

图片默认标题_fororder_杂技《争奇斗技》

Tarian singa, yang lazim dipersembahkan pada hari kebesaran orang Cina di seluruh dunia, tidak asing lagi di pentas Malam Gembira Tahun Baharu Cina. Untuk menambah kemeriahan Malam Gembira tahun ini, rombongan penari dari provinsi Guangdong menghidangkan persembahan "100 Singa Sambut TBC".

图片默认标题_fororder_malamgembira7

图片默认标题_fororder_malamgembira8

Persembahan opera menjadi tradisi bagi pentas Malam Gembira Tahun Baharu Cina. Lakonan tahun ini selama kira-kira 8 minit, berasaskan empat jenis opera tempatan dan mengutamakan Opera Peking.2019 merupakan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China (PRC). Dari sebalik tabir pentas Malam Gembira, kedengaran suara manis sekumpulan kanak-kanak bersama-sama menyanyikan lagu "Aku dan Ibu Pertiwi". Lagu yang cukup menyentuh perasaan ini menggambarkan rasa cinta mendalam setiap rakyat China terhadap tanah air.

王瑾