"TBC Gembira" Buka Tirai di Thailand

2019-02-07 11:37:26  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_d3c76858-019e-44bb-9b7d-7a517c4fbca0

Aktiviti "Tahun Baharu Cina yang Gembira" membuka tirainya di Bangkok Isnin lalu, anjuran bersama Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, Kedutaan Besar China dan Jabatan Pelancongan Negara Thailand.

Duta Besar China, Lyu Jian dan Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Weerasak Kowsurat menyampaikan mogaan baik kepada rakyat kedua-dua negara.

Lyu Jian dalam ucapannya berkata, aktiviti "Tahun Baharu Cina yang Gembira" telah diadakan dengan jayanya selama 15 tahun berturut-turut. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama dalam sektor budaya dan pelancongan antara kedua-dua negara semakin rapat hingga mendinamikkan perkembangan hubungan dua hala. 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_e33519ba-11f4-4341-90e7-5defd0e0e8dc

Beliau berkata, pada 2018, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China diselaraskan dengan strategi Thailand 4.0 dan Koridor Ekonomi Timur, membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. Pada tahun ini, China dan Thailand akan terus mengintensifkan kerjasama pragmatik berkenaan, sambil memajukan perkongsian strategik komprehensif hingga manjadi teladan hubungan antarabangsa model baharu.

Weerasak pula berkata, Thailand dan China adalah saudara yang menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan yang rapat, serta ikatan muhibah yang cukup bersejarah.

Sempena hari kebesaran ini, beliau menyampaikan mogaan dan harapan baik kepada rakyat China dan Thailand serta perantau di seluruh dunia, agar sentiasa bahagia, selamat, sihat, makmur dan dilimpahi tuah.

覃淼