Xi Jinping dan Rakyat: Kanak-Kanak, Masa Depan Negara

2019-02-08 12:15:15  CRI
Share with:

Xi Jinping, Presiden China yang memanggil dirinya "sahabat kanak-kanak", sentiasa prihatin akan tumbesaran kanak-kanak terutamanya dari segi pendidikan.

Ketika melawat ke sekolah lamanya, Xi berkata, "di sini tiada pemimpin negara, yang ada hanya pelajar." Segala penghormatan, penghargaan dan galakan beliau terhadap perjuangan para guru, menjadi pendorong bagi kemajuan bidang pendidikan di China.

Menjelang Hari Kanak-kanak Antarabangsa pada 1 Jun 2013, Xi menyampaikan ucapan selamat buat semua kanak-kanak dan remaja di seluruh negara, atas nama "budak besar". Beliau berkata, zaman kanak-kanak adalah masa paling berharga dalam hayat seseorang. Xi Jinping telah berkongsi kisah zaman kanak-kanaknya dengan kanak-kanak di China.

Pada Hari Kanak-kanak tahun berikutnya, Xi membuat kunjungan ke Sekolah Rendah Minzu di daerah Haidian, Beijing. Kisah zaman kanak-kanaknya dikongsi lagi dengan murid-murid sekolah tersebut.

Dari pusat kanak-kanak hingga Dewan Besar Rakyat, dari pusat kebajikan kanak-kanak hingga pusat perlindungan di kawasan bencana gempa, "sahabat kanak-kanak" ini menyambut Hari Kanak-kanak bersama-sama golongan kanak-kanak China.

Beliau berkata, remaja amat penting bagi negara. Jika setiap generasi lebih kuat daripada generasi sebelumnya, nescaya negara juga akan menjadi lebih kuat sehari demi sehari. Beliau mahu kanak-kanak sentiasa rajin berusaha.

Di dunia ini, guru sentiasa dianggap kerjaya yang paling mulia. Menjelang Hari Guru 2016, Xi Jinping kembali ke Sekolah Ba Yi Beijing yang pernah menjadi tempat beliau menuntut ilmu pada zaman sekolah rendah dan menengah rendah. Sambil berjabat tangan dengan guru, beliau menyingkap masa silam dengan gembira.

Katanya, "Tersentuh perasaan apabila saya melihat semula kampus lama ini. Kampus ini sudah banyak berubah, saya tercari-cari sudut lama dan kenangan lama. Zaman persekolahan itu amat saya rindui. Guru telah mendidik dengan ilmu di dada mereka, dengan gaya dan semangat sekolah. Tak kira ke mana saya pergi, sekolah ini sentiasa dirindui."

Betapa pantas sekali masa berlalu, dan yang kekal tidak berubah hanyalah ikatan antara guru dengan pelajar. Di mata Xi Jinping, pendidikan adalah asas bagi pelan pembangunan 100 tahun negara. Guru adalah asas pendidikan, juga sumber bagi ilmu.

Beliau berkata, sesiapa yang bertemu guru yang baik memang cukup bertuah, guru yang baik adalah kemegahan setiap sekolah, dan sekolah yang melahirkan guru baik adalah harapan negara. Guru hendaklah menjadi pembimbing yang memupuk jati diri, pengetahuan, pemikiran inovatif dan kesetiaan kepada ibu pertiwi dalam jiwa setiap pelajar.

徐国玮