Kuiz Pengetahuan "China Dalam Bilik Darjah" di Filipina

2019-02-09 14:48:44  CRI
Share with:

Kuiz pengetahuan "China Dalam Bilik Darjah" ke-12 yang diadakan dalam kalangan pejalar sekolah menengah menutup tirainya di Manila, Filipina semalam. Pemenang akan diundang melawat ke bandar Shanghai untuk merasai sejarah dan budaya tempatan pada tahun ini.

Pengerusi Persatuan Orang Cina Filipina, penganjur utama kuiz kali ini, Peter Chua menyatakan, Hari Persahabatan Filipina-China ke-18 akan menjelang tiba pada Jun tahun ini, namun persahabatan kedua-dua negara telah bersejarah lebih seribu tahun. Matlamat penganjuran kuiz pengetahuan tersebut adalah untuk merapatkan lagi persahabatan dalam kalangan rakyat dan meningkatkan komunikasi antara satu sama lain.

Sebanyak 1,600 pelajar dari 16 sekolah menengah di Manila menyertai kuiz tersebut. Pasukan dari Sekolah Menengah Sains Manila muncul sebagai johan setelah menewaskan pesaingnya pada pertandingan akhir semalam.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
胡星