Xi Ucap Tahniah sempena Sidang Kemuncak AU

2019-02-11 13:21:57  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah sempena Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika (AU) ke-32 yang membuka tirainya di Addis Ababa, Ethiopia semalam.

Xi menyatakan, AU merupakan panji-panji perpaduan negara-negara Afrika. Sejak tahun lalu, kemajuan besar telah dilihat dalam proses integrasi benua itu, berkat pimpinan AU.

Kata Xi, negara-negara Afrika terus bergabung suara dalam isu-isu antarabangsa dan serantau. Pengaruh benua tersebut di arena antarabangsa kian meningkat.

Pada September tahun lalu, Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) diadakan dengan jayanya di Beijing. Xi bersama-sama pemimpin negara Afrika telah melakar cetak biru hubungan dua hala.

Xi berkata, China bersedia berganding bahu dengan Afrika untuk melaksanakan hasil sidang kemuncak berkenaan, demi menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat.

胡星