Jualan Runcit, F&B pada TBC Lebih RMB1T

2019-02-11 13:25:22  CRI
Share with:

Jumlah jualan runcit serta makanan dan minuman (F&B) di seluruh China pada sepanjang cuti seminggu sempena Tahun Baharu Cina (TBC) mencatat RMB1.005 trilion (RM632.15 bilion), meningkat 8.5% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Data Kementerian Perdagangan China menunjukkan pertambahan ketara dalam penjualan barang-barang keperluan TBC, makanan organik, perkakasan pintar dan produk istimewa tempatan.

Kompleks yang mengintegrasikan fungsi beli-belah, makan minum dan hiburan menjadi tumpuan ramai pada TBC kali ini. Semakin ramai pengguna juga memilih untuk membeli-belah dalam talian.  

Pada masa yang sama, melancong, menonton wayang dan melihat pameran, serta menyertai aktiviti bertema adat resam turut menjadi pilihan. Jumlah kutipan tiket filem pada musim perayaan tradisional tersebut melebihi RMB5 bilion (RM3.15 bilion).

胡星