Peneraju CRI: Izzati
Peneraju BR: Natasha dan Shuhadah
Di mata banyak syarikat asing, pasaran China adalah tidak boleh diganti. Mereka yakin terhadap momentum kukuh perkembangan ekonomi negara Tembok Besar.Pengerusi Plymouth Rock Assurance Corporation Amerika Syarikat, James Stone dalam satu temu bual berkata sektor perubatan China akan terus berkembang pesat dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang sehingga menarik lebih banyak pelaburan asing.
Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo menyatakan di Manilia Filipina pada Selasa bahawa pihaknya akan membantu Filipina menggandakan jumlah kilang pembuat semikonduktor untuk mengelakkan rantaian bekalan cip “terlalu tertumpu di suatu tempat” di peringkat global.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan ulang tahun ke-75 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC). Hampir 3,000 orang wakil NPC dan lebih 2,100 anggota CPPCC yang membawa pendapat umum seluruh negara berhimpun di Beijing, mengikuti pelbagai sesi perbincangan mengenai hal ehwal negara, mengemukakan saranan demi pembangunan dan kemajuan negara.