Tindakan AS Mungkin Undang Akibat Tak Diduga

2019-02-11 13:36:08  CRI
Share with:

Tindakan Amerika Syarikat (AS) menjejaskan sistem kawalan senjata sejagat mungkin mengundang akibat yang tidak dapat diduga.

Wakil Tetap Rusia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Vasily Nebenzya berkata sentimen semasa zaman Perang Dingin masih lagi wujud pada masa ini. Sebab utamanya adalah Rusia mengamalkan dasar luar yang bebas, dan negara-negara Barat tidak senang hati kerana tidak mampu menggunakan pengaruhnya ke atas Rusia seperti pada tahun 1990-an.

Pada 1 Februari lalu, Jabatan Negara AS menggantung pelaksanaan tanggungjawab yang ditetapkan dalam Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (IRNFT) dan memulakan prosedur untuk keluar daripada perjanjian itu.

Presiden Rusia, Vladimir Putin segera mengumumkan pihaknya menggantung pelaksanaan tanggungjawab serupa, dan tidak akan mengadakan rundingan antarabangsa berkaitan perjanjian tersebut.

徐国玮