Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia ke-7

2019-02-11 11:27:00  CRI
Share with:

Lebih 4,000 wakil dari kira-kira 140 negara dan wilayah serta pertubuhan antarabangsa hadir ke Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia ke-7 yang dirasmikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Topik-topik yang menjadi tumpuan termasuk inovasi, membaiki tadbir urus global, cabaran dalam menangani perubahan iklim, pengaplikasian kecerdasan buatan (AI), serta bagaimana sains dan teknologi dapat mengubah masa depan umat manusia.

Sebelum perasmian, Naib Presiden merangkap Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Emirah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum menyatakan sasaran sidang kemuncak ini adalah meramal hala tuju perkembangan umat manusia dalam pelbagai aspek.

Klaus Schwab, pengasas dan pengerusi eksekutif Forum Ekonomi Dunia pula menekankan bahawa revolusi industri keempat telah mendatangkan ketidaktentuan serta perubahan yang pesat dan rumit, sedangkan tadbir urus global berada pada persimpangan.

Katanya, pembangunan yang lebih mampan dan Globalisasi 4.0 yang inklusif adalah perlu bagi menghadapi risiko akan datang.

覃淼