Hampir 90 Maut Gara-gara Arak Tiruan

2019-02-11 13:24:25  CRI
Share with:

Hampir 90 orang tergadai nyawa setakat semalam, gara-gara arak tiruan yang dijual di Uttar Pradesh dan Uttarakhand, India.

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa telah memperketat langkah untuk membanteras penghasilan dan penjualan arak tiruan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 30 suspek telah ditahan dan lebih 400 liter arak tiruan dirampas, selain puluhan pegawai kerajaan dan polis digantung kerja untuk siasatan.

Walaupun kerajaan India melarang penghasilan dan penjualan arak tiruan, namun insiden seumpama ini berlaku dari semasa ke semasa akibat kawalan yang longgar.

胡星