Jumlah Pelancong Asing ke Laos Terus Meningkat

2019-02-12 14:48:53  CRI
Share with:

Seramai 4.18 juta pelancong asing melawat Laos pada tahun lalu, meningkat 8.2% berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjana pendapatan melebihi USD750 juta (RM3.06 bilion) bagi sektor pelancongan, bertambah 17%.

Pada majlis penutupan Tahun Pelancongan Laos 2018 di Vientiane semalam, Menteri Penerangan, Budaya dan Pelancongan, Bosengkham Vongdara menyatakan pelbagai aktiviti bertema budaya diadakan di dalam dan luar negeri, mempromosikan tarikan pelancongan di Laos melalui pelbagai saluran. Proses visa dan pelepasan kastam turut dipermudah.

Di samping itu, kerajaan telah mengambil tindakan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan jalan-jalan di tempat peranginan, serta menggalakkan pelaburan dan pemupukan bakat dalam bidang berkenaan.

Pada 2018, lebih 800 ribu pelancong China melawat Laos. Angka itu dijangka melebihi 1 juta pada tahun ini.

胡星