China, Pembela Keselamatan Siber

2019-02-13 13:42:34  CRI
Share with:

Pakar dari Britain baru-baru ini menyerahkan bukti kepada anggota-anggota Kesatuan Eropah (EU) mengenai serangan siber yang didalangi kumpulan penggodam yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kerajaan China.

Sehubungan itu, Misi China ke EU menegaskan bahawa China tidak akan menerima dakwaan bersifat slander itu, dan menentang keras sebarang fitnah oleh mana-mana negara mengenai isu keselamatan siber.

Negara-negara terlibat digesa berhenti memburuk-burukkan nama China dengan fitnah tidak berasas, bagi mengelakkan terjejasnya hubungan dua hala dan kerjasama dalam bidang-bidang utama.

覃淼