Pameran Tarian Belia China-Vietnam

2019-02-13 14:17:41  CRI
Share with:

Aktiviti pertukaran yang mempamerkan tarian belia China dan Vietnam diadakan di Hanoi petang semalam.

Muda-mudi dari China dan Vietnam mempersembahkan 20 program tarian yang bercirikan adat resam masing-masing dalam acara yang mempertunjukkan bakat mereka dalam seni berkenaan, sekali gus menyambung persahabatan tradisional yang diwarisi generasi ke generasi.

Kounselor Budaya Kedutaan Besar China, Peng Shituan menyatakan acara tersebut sebahagian daripada siri aktiviti pertukaran tarian China dengan negara-negara di Asia Tenggara. Melalui kehalusan seni tarian mereka, golongan muda membuat sumbangan kepada ikatan muhibah antara negara.

胡星