Import, Eksport Komoditi China Terus Meningkat

2019-02-13 13:05:39  CRI
Share with:
Import dan eksport komoditi China terus mengekalkan trend meningkat pada bulan Januari, menurut Ketua Jabatan Am Kementerian Perdagangan China, Chu Shijia dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Kata beliau, sesetengah pihak berpandangan bahawa ekonomi dunia akan terus pulih walau perlahan, meskipun tekanan ke bawah kian meningkat.

Pada masa yang sama, China telah mengambil inisiatif untuk memperluas keterbukaan, menstabilkan dasar perdagangan luar, mempercepat penaiktarafan sektor perindustrian, dan merancakkan kembali perusahaan. Tindakan ini memberikan jaminan yang kuat bagi pembangunan perdagangan luar.

Beliau menekankan bahawa pada tahun ini, China akan terus membangunkan pasaran yang bervariasi dan mengoptimumkan struktur pasaran antarabangsa, selain aktif memperluas dan merangsang potensi import serta meningkatkan kualiti pertumbuhan perdagangan luar.
覃淼