China Sentiasa Sokong Guna Angkasa Lepas secara Damai

2019-02-13 14:18:30  CRI
Share with:

China sentiasa menyokong penggunaan angkasa lepas secara damai serta menentang penggunaan senjata dan perlumbaan senjata di ruang tersebut.

Pendirian itu disuarakan melalui jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying dalam satu sidang media semalam.

Agensi Risikan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dalam laporannya kelmarin menyebut bahawa China dan Rusia memandang angkasa lepas sebagai komponen penting dalam perang moden, sementara daya pertahanan di angkasa lepas cara untuk melemahkan tentera AS dan sekutunya.

Sebagai respons, Hua berkata laporan berkenaan salah menilai dasar China dan negara-negara lain mengenai angkasa lepas, dan sama sekali tidak berasas.

Sejak dahulu lagi, China bersama-sama negara lain termasuk Rusia giat menggalakkan pencapaian alat perundangan untuk mencegah penggunaan senjata dan perlumbaan senjata di ruang angkasa.

Hua menyatakan pada beberapa tahun ini, AS telah menubuhkan "pasukan angkasa lepas" yang terus-menerus menjalankan latihan bertempur, setelah mengklasifikasikan ruang angkasa sebagai "medan pertempuran". AS bagaimanapun sering membesar-besarkan "ancaman keselamatan angkasa lepas" oleh negara lain, yang sebenarnya hanyalah alasan untuk memajukan pasukan dan penyelidikan senjatanya sendiri.

胡星