Berhenti Fitnah Cemar Nama China

2019-02-13 14:41:32  CRI
Share with:

Negara-negara yang berkenaan digesa berhenti menggunakan isu "pencurian siber" dan serangan penggodam untuk mencemar nama China dengan fitnah serta tindakan yang menjejaskan kepentingan China dan hubungan bilateral.

Media Barat baru-baru ini mendakwa serangan siber yang menyasarkan syarikat-syarikat perisian Norway adalah didalangi penggodam yang bekerja untuk badan keselamatan negara China, dan sebahagian operasi "Cloudhopper" China untuk mencuri harta intelek dan rahsia perniagaan.

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam menyifatkan tuduhan itu sebagai satu lagi tindakan untuk memburuk-burukkan nama China. 

China sentiasa berpendirian bahawa keselamatan siber adalah isu global yang berkaitan dengan kepentingan bersama semua negara dan perlu dilindungi bersama oleh masyarakat antarabangsa. 

Hua sekali lagi menegaskan bahawa China pembela keselamatan siber, yang menentang keras dan membanteras kegiatan pencurian dan serangan siber dalam apa jua bentuk.

徐国玮